1. Kepentingan niat
Benda ni berlaku dalam kerja marketing saya. Term marketing, “bila kita nak run ads tu apa hipotesis yang kita nak buktikan?”
Dulu saya just run as it is – sahaja aku run ads nak test creative / copywriting untuk tahu mana convert untuk naikkan sales.
Tapi sekarang up sket, contoh…
Fasa permulaan kita test marketing angle, copywriting dan creative (poster, video)
Kita dah dapat validate audience ni .. angle / cw / creative yang valid yang ni
Next phase, okey sekarang.. kita test lagi jenis creative macam mana lagi yang convert untuk copywriting ni.
Sebelum ni guna cartoon untuk reflect emotion, cuba guna real people pula.
Jadi bila kita run tu, kita dah ada hipotesis apa yang kita nak verify.
Tak lagi – sahaja run ads untuk test creative. Takat tu je.
Baru faham kenapa mentor saya cakap,
“Bila kita ada niat yang power, kita akan ada tindakan yang power.”
Bila kita ada niat yang power, kita lebih clear dengan tindakan kita. Kita tahu kenapa kita buat benda tu dan apa nak capai dengan benda tu.
Kalau untuk kerja marketing ni, bila ada hipotesis at the first place, kita tahu apa yang kita buat dan nak buktikan apa dengan ads baru tu.
Hipotesis ni kan masa belajar sains zaman sekolah. This is how we use past knowledge on different aspect of our life.
Sama ada kita guna atau tak.
Kadang orang selalu pisahkan agama dengan sains, pisahkan sains dengan self help atau marketing padahal semua berguna to each other. Its either kita berfikir ke tak.
Masa belajar sains kan, ada yang part test bahan kimia ke apa ke.
Sama juga dalam marketing. Ada split test. Its the same concept but different niche.
2. Tenang, bahagia bukan destinasi, its a journey
Hari ni saya dapat surat ada hutang yang saya dah berjaya selesaikan. #alhamdulillah.
Masih ingat lagi ada satu moment tu saya stress gila bila fikir pasal benda tu.
Saya menangis, kadang merungut kat Allah,
“Apalah ujian lagi kau nak bagi kat aku?”
Orang lain hutang berjuta ada yang chill lagi. Saya below than that, pun rasa hauk dah. Mungkin kalau berjuta tak tahu la how my mental condition would be.
Its reflect as mention dalam Al Quran,
“Allah takkan beri ujian yang hamba Dia tak mampu.”
Kenapa ada orang Allah bagi ujian hutang berjuta kat dia, dia masih chill je.
While ada orang hutang ratus ribu je dah koyak teruk.
Sebab the amount of beban yang dia mampu tanggung atau tak.
Contoh yang hutang berjuta tu mungkin dulu sampai dia pernah muflis. Jadi bila dapat another ujian hutang berjuta tu dia chill sebab dia pernah lalui lagi teruk dari tu.
Dia dah ada keyakinan ‘insyaAllah nanti selesai juga tu’. Macam masa dia muflis dulu – selesai juga akhirnya.
.
.
Walau saya dapat surat tu, tapi saya rasa happy yang medium je. Yang mana sepatutnya kalau compare yang saya stres gila tu, patutnya saya happy teruk sampai menangis tanda syukur.
Tapi tak. Teringat ada ayat tu,
“Apabila manusia ditimpa kesusahan, dia berdoa kepada Allah, memohon bantuan dan bertaubat kepadanya, (namun) apabila dihilangkan dari mereka kesusahan tersebut, dia lupa apa yang pernah diucapkan dalam doa mereka sebelum itu.”
(Surah al-Zumar: 8)
Fuhh sentap! T_T Maafkan aku ya Allah.
Begitulah manusia. Bila tengah susah, berdoa solat bagai nak rak. Bila Allah angkat kesusahan tu, auto hilang. Tak lagi berharap, mengadu, bercakap dengan Dia sekerap dulu. >.<
Berbahagialah selalu. Nak happy ni tak perlu syarat pun – contoh kita letak syarat bila hutang selesai baru aku boleh bahagia.
Kalau yang hutang rumah tu 30 tahun, 30 tahun selepas itulah baru rasa bahagia. Lama tu adeh.
Even kita tak tahu pun sama ada kita sampai ke tak durasi 30 tahun tu. Mungkin ‘pergi’ awal. Mungkin masa ada lagi.
Ada orang cakap,
“Sebelum nak dapat syurga yang real, ciptalah dulu syurga kat dunia ni.”
Cipta syurga kat dunia tu maksudnya kita sendirilah yang buat kehidupan kita bagai sesuatu tempat yang membahagiakan kita.
Kan dulu ada tagline ‘rumahku syurgaku’. Every aspect of our life, buatlah something yang membahagiakan kita dan juga dunia sana.
Kita jadi orang baik bukan untuk orang lain tapi sebenarnya untuk diri sendiri.
Kita nak lalui kehidupan ni sebagai sesuatu yang membahagiakan hari-hari kita.
Siapa nak lalui kehidupan kat dunia ni bagai satu neraka? Hidup tak tenang, menyakitkan, stresful.
Hidup kat syurga kan bahagia je, tenang je.
Maka begitulah.
3. Kepentingan tulis jurnal
Related point 1 dan 2.
Mentor saya banyak suggest tulis jurnal. Ada tu yang tulis apa dia buat, makan setiap hari. Dari situ dia boleh monitor cara pemakanan dia.
Kadang kita ni bila tak nampak kita tak aware.
Contoh, kita selalu merungut kita buang masa. Cuba senaraikan apa benda yang kita seharian for 7 days.
Dari situ, mesti kita ada awareness. Kalau banyak sangat scroll medsos, berjam-jam. Mesti kita rasa,
“Apa teruk sangat kau ni? Kau but apa sampai 5-7 jam sehari buka medsos? Apa faedah kau dapat? Apa yang kau buat?”
Kalau kita senaraikan apa kita makan. Kalau banyak makan unhealthy food mesti kita rasa,
“Patutlah badan kau selalu penat, kau makan pun benda tah pape. Takde pun healthy food dalam senarai ni. Kena ubah ni!”
Bila dalam marketing, golden nugget yang saya dapat daripada ilmu marketing mentor saya, saya catit dalam buku. Pakai Google Doc je documentkan.
Dari situ, saya dapat banyak point penting dalam marketing.
Cara buat copywriting, cara extract things to do lepas run ads. Keypoint buat persuasive copywriting dan banyak lagi.
Bayangkan kita jumpa 100 jutawan. Setiap seorang tu kita tanya ‘macam mana dia buat duit?’.
Kalau kita tak catit, agak-agak membazir tak? Mesti membazir kan? Like – masa bila je lagi kita akan dapat peluang tu?
Yang saya sebut ni mungkin term ‘jurnal’. Yang saya nak emphasize adalah kepentingan documentkan proses, result, golden nugget apa sahaja yang kita rasa penting.
Contoh kita mulakan proses turunkan berat badan pun, buatlah jurnal. Catit journey tu supaya soon bila kita dah berjaya, kita akan hargai semua proses tu.
Macam saya pakai journal apps. Saya gunakan untuk ambil gambar, video, tulis jurnal dalam tu.
Akan datang, saya boleh throwback balik semua journey tu.
Dulu muka gelap, rekod journey perubahan sampai muka dah glow, putih.
Dulu gigi berterabur rekod journey pakai braces, turun naik klinik, rekod gambar gigi setiap bulan, segala proses sampailah bila dah buka braces, gigi cantik putih.
Tu contoh.
Dengan data-data ni, kita akan lebih bersyukur bila kita dah dapat end result.
Maka begitulah refleksi hari ni.