Tok guru mengajar saya, ada 2 jenis doa :
1. Doa ’Tolab’ : meminta
2. Doa ’Syakir’ : bersyukur
Sebelum saya ceritakan beza antara 2 jenis doa ini, saya nak share 1 kisah :
Pernah saya ketika cuba mengira ‘statistik’ doa-doa besar yang dipohon kepada Tuhan sejak umur 15 tahun hinggalah sekarang, Berapa banyak doa makbul & berapa banyak yang KIV (belum makbul lagi).
Anda nak tahu statistiknya?
Saya amat terperanjat apabila mendapati, lebih kurang 94% doa telah dimakbulkan Tuhan. Doa jenis minta ‘A’ dapat ‘A’.
Apa pula nasib baki doa 6% tu? Tidak dimakbulkan ke?
Ini lagi terperanjat.
4% darinya Tuhan balas begini : saya minta ‘A’, Dia bagi ‘A+’
2% pula doanya tak makbul. Bukan Tuhan tak beri, tapi mungkin Dia tangguhkan untuk dibalas pada hari kiamat dengan ganjaran lebih istimewa.
Makbul 4% itu ialah, saya minta doa sekian-sekian, tapi Tuhan kurniakan LEBIH BAIK dari apa yang dihajatkan. Maha baiknya Allah s.w.t. Dia tak lokek mengurniakan balasan berganda dalam keadaan amal soleh saya tak berapa cantik, : qiam kejap on kejap off, solat kejap awal waktu kejap akhir waktu, mengaji kejap banyak kejap sikit.
Bayangkan kalau saya sungguh-sungguh berbaik denganNya?
Silap-silap, Dia bagi 94% lebih baik dari apa yang saya minta.
Maka inilah hakikat yang tok guru minta kita raikan. Sebenarnya doa kita dah banyak Tuhan makbulkan. Adalah lebih baik sempena ramadhan, kita tukar cara berdoa : dari doa ’tolab – meminta’ & kepada doa ’syakir- bersyukur’.
Kita tukar cara berdoa, dari, ‘Ya Allah, saya mohon xxx’ kepada, ‘Ya Allah, saya berterima kasih atas xxx’.
Sebab, semua doa makbul & rezeki yang diberikan selama ini pun masih belum sempat kita syukuri sepenuhnya. Rasa tak ’comel’ pula jika Tuhan asyik memberi, kita pula asyik meminta itu ini.
Terima kasihnya kurang, balas budinya belum memadai.
Atas sebab itu, beginilah style doa saya sekarang. Doa SYAKIR.
- Terima kasih Allah sebab bagi saya rezeki luarbiasa
- Terima kasih Allah sebab bagi saya keluarga penuh bahagia
- Terima kasih Allah sebab bagi saya peluang jadi khadam QuranMu
Anda boleh tambah senarainya.
Tok guru kata, usah risau jika kita ada banyak hajat besar sebab Tuhan ada kemampuan – ‘can read our mind’ – Dia tahu apa yang kita mahukan.
Yang perlu kita tambah ialah, kuatkan ’sifir’ berinteraksi dengan Tuhan iaitu : jika kita banyak bersyukur, Dia akan gandakan segala keinginan kita. (Surah Ibrahim ayat 7).
Dalam ertikata lain, cuba perbanyakkan syukur, kemudian barulah minta. InsyaAllah lebih mudah doa-doa kita dimakbulkan.
Begitulah formula kejayaan doa yang tok guru ajarkan.
.
.
Btway, alhamdulillah saya dah baca juz 2 hari ni untuk program khatam 30 juz sempena ramadhan di mana pahalanya dihadiahkan untuk arwah mak ayah anda, mana yang sertai.
Anda dah sertakan namanya kepada kami?
Jika dah, alhamdulillah. Semoga ‘lapang & ceria’ mereka di alam sana dengan usaha amal soleh kita. Jika belum, masih sempat lagi sertakan kepada saya untuk diniatkan dalam khatam Ramadhan ini.
Mohon jasa baik utk sertakan nama2 arwah melalui LINK KHAS di bawah ini ya. Ini utk memudahkan kami kumpulkan nama arwah tersebut dlm 1 database. Jika ia disertakan di ruangan komen ini, proses utk copy nama arwah satu persatu mengambil masa lama.
.
Hanya nama arwah yang disertakan dalam link di atas sahaja yang akan diniatkan. Ini linknya :
.
Semoga berkahnya berpanjangan.
Kredit: Ustaz Asraff Ayob al-Hafiz