Belum habis baca buku tapi dah dapat result.
Puan S ni antara cikgu yang pernah ambil pakej personal coaching masa beli buku saya, Bertanya Allah Dahulu.
Dia dah berkhidmat di sebuah sekolah selama 10 tahun tapi tak pernah dapat anugerah.
Masa coaching, dia kind of rasa macam ‘takpelah, tak dapat’ tapi sebagai consultant #ceh haha, saya dapat rasa deep inside her memang nak anugerah tu.
Bayangkan cikgu baru masuk 2 tahun pun dah dapat anugerah tapi dia 10 tahun tak dapat apa-apa.
Ini bukan tentang berkira ke apa tapi biasalah, manusia mesti nak penghargaan untuk rasa belonging in the organization.
Out of tiap orang ada emotional driver dia, ada love language dia.
Bila kita rasa dihargai, ada lebih sebab untuk kita stay di sesuatu tempat.
Tapi kalau sebaliknya, dah takde sebab nak stay lebih lama.
Orang tinggalkan sesebuah company / organisasi sebab orang didalamnya bukan the organisation itself.
.
Jadi saya encourage dia untuk jujur pada diri sendiri supaya dia clear dengan apa yang dia nak.
Bila kita clear dengan apa kita nak, barulah kita dapat sampaikan doa dengan lebih baik.
Dia mengaku, memang benar dia betul-betul harap dapat penghargaan tu.
Saya consult macam mana nak talk to Allah untuk dapat hadiah penghargaan tu. Saya bagi contoh skrip yang dia boleh guna.
Bila nak doa ni, kita tak perlu rasa doa kita remeh dan Allah akan judge doa kita.
Dalam satu ceramah Habib Ali Zaenal, beliau share,
“Mintalah Allah walaupun garam. Ertinya, sekecil apapun juga, hendaklah berdiri di hadapan pintu Allah, yang mana orang yang berdiri di hadapan pintu Allah tidak akan kembali dengan tangan kosong.
Jangan kamu tanya, jangan kamu minta daripada anak-anak Adam. Mintalah kepada Zat yang pintunya tak pernah ditutup iaitu Allah.”
Makna kata, mintalah kepada Allah hatta permintaan yang remeh dan kecil.
Kadang kita sendiri yang reject doa kita. Allah tak cakap apa-apa pun, tapi kita yang siap-siap reject doa kita.
Contohnya, kita teringin dapat anugerah yang kita rasa impossible untuk kita dapat. Rasa tak deserve sebab kita rasa kita belum buat yang terbaik lagi.
Bila rasa tak deserve, kita tak terfikir pun nak minta kat Allah. We are lying to ourself.
Lepas tu kita yang makan hati along the way😂 #lah.
Lepas tu lagi salahkan Allah pula, Dia tak makbulkan doa 😅 #lahmacamtupula
Kita yang tak minta, macam mana Allah nak makbulkan? …walau hakikatnya Dia tahu je apa yang kita nak.
Sebab itu, jangan bertanya kepada otak yang terbatas, bertanyalah kepada Allah yang kuasa-Nya tak bertepi dan terbatas.
Allah lagi suka kita meminta-minta kepada Dia. Dia takkan pernah annoying, marah dan judge for every thing that we ask for.
Maka mintalah kepada Allah apa sahaja yang kita nak.
Jujurlah pada diri sendiri apa sebenarnya yang kita nak dan mintalah daripada Allah. Cakap dengan Dia, dari lubuk hati yang terdalam.
.
.
Kalau ada yang berminat dapatkan sekali pakej Personal Coaching dengan beli buku saya, boleh beli melalui Shopee (klik sini).
p/s: Siapa yang malas nak baca buku tapi nak dapatkan solution express bolehlah ambil pakej Personal Coaching keh3