Dalam marketing, antara idea nak buat offer adalah:
- DIY – Do It Yourself
- DWY – Done With You
- DFY – Done For You
Lagi tinggi level, lagi tinggi value, lagi tinggi price kita bole letakkan.
DIY > DWY > DFY
Contoh ajar cara run FB Ads (DIY). Kita offer la video course caj la RM297 tapi dia kena belajar sendiri, fahamkan sendiri.
Next level DWY. Ambil pakej mentoring dengan kita, buat sama-sama dengan kita. Kalau salah, kita consult dan beri idea improve.
DFY, kita buatkan terus. Runkan fb ads dia, kitalah yang monitor, run ads dan consult apa perlu improve.
.
.
Benda ni pasal marketing tapi saya dapat idea dalam context beribadah.
As well memang apa-apa topic suppose to always boleh relate dengan agama. Kalau belajar Sains, Geografi ke rasa boleh je kaitkan.
Contoh untuk Ramadan ni, ada orang dia malas nak terawih buat sendiri (DIY).
Jadi pergilah masjid, leverage.. follow imam terawih dan witir terus (DWY).
Kalau dah pergi masjid, confirm vibe malas tu hilang atau kurang berbanding sorang-sorang.
Atau kalau selalu Subuh gajah or Subuh tak payah (= tinggal Subuh), kalau ada housemate alim dalam rumah, pagi-pagi ajaklah dia jemaah. Leverage. Done With You (DWY).
Follow je dia sampai habis Subuh, lepas tu nak tidur balik ikutlah. Asalkan benda penting setel.
DFY ni kalau kita dah takde je applicable boleh buat sebab bila kita meninggal, orang buat solat jenazah untuk kita >.<
.
.
Contoh lain, Ramadan ni sebaiknya kita maximize ibadah tapi tu lah kadang nafsu ni walau syaitan dah kena ikat, bolak balik juga hati nak buat benda baik.
Katakan target banyakkan zikir minimum 1,000 istighfar atau selawat Jibril.. tapi takut lupa.
Kita leverage la dengar zikir istighfar yang ada sampai 1,000x. Selawat Jibril pun ada. Banyak la zikir, istighfar, selawat 1,000 kali kita boleh cari kat Youtube tu.
Pasang Al Quran pun boleh. Pasti alang-alang pasang, hati terikut juga lama-lama.
Kadang-kadang walau dah tutup video tu since habis kerja ofis, tahu-tahu bila on the way ke kereta tu.. terngiang-ngiang pula dalam kepala.
Macam saya terdengar Selawat Badar (Anta Shamsun Anta Badrun) bila buka Tiktok.
Tak sedar, terngiang-ngiang auto cari kat Youtube.
Sebab tu penting ‘jaga’ apa kita tengok (see) dan dengar (listen).
Kalau yang lalu fyp tu benda baik, maka baiklah apa yang masuk dalam kepala, hati kita.
Kalau yang lalu fyp tu bukan-bukan, maka buruklah apa yang masuk dalam kepala, hati kita.
.
.
Nak bina belief (benda tak nampak, tersurat) bermula daripada tapis apa yang kita tengok dan dengar (tersurat).
Benda ni bukan kerja 1 hari, 1 malam, 1 tahun.. its lifetime journey.
Kalau dapat kesedaran berubah before 40 tahun, alhamdulillah.
Tapi kalau dah 40 tahun, tak sedar-sedar orang kata susah nak ubah.
Even kalau baca pasal Sains Minda pun, adalah dorang related dengan memory, subsconcious mind sebab tu orang yang 40 tahun kalau tak ubah-ubah .. “berat nanang” kata orang.
Yet, pada saya… its never too late on anything. Kalau sepanjang hidup lagha, yet suatu masa dia berubah, sempat taubat sebelum esoknya meninggal.. pasti tetap ada tempatnya di sisi Allah.
Namun… janganlah take Allah for granted. Kita tahu Dia Maha Pemaaf takpelah nanti last corner hujung usia baru bertaubat tapi persoalannya manalah kita tahu, kita mati bila >.<