Awok tengah down ke tu? Apa nak buat bila down?
Cuba buat journal camni untuk jadikan mood booster
From time to time lagi-lagi bila fasa down atau saya panggil fasa 6 o’clock (kat bawah), kita tend to rasa macam takde growth dalam hidup.
Mood kita jadi spiral down. Makin lama, makin teruk.
Bisnes pernah maju, kerjaya pernah capai income tinggi lepas tu jatuh balik.
Bila kita at the lowest point in our life, the strength yang kita ada masa tu sometimes not as strong as we use to have.
Bila nak bangun balik tu rasa susah sangat. Macam struggle dalam selut – makin bergerak, rasa makin tenggelam.
Makin bergerak, rasa tak pergi mana pun sebenarnya.
Orang yang berada di fasa 3 o’clock (not too good or bad), jauh lebih mudah nak naik balik berbanding fasa 6 o’clock.
Jadi, macam mana nak adakan extra booster supaya dapat speed grow balik macam dulu or even better?
Buat Booster Journal untuk throwback achievement lepas
This coping mechanism might works for me. As well, anda boleh cuba if its gonna works for you.
Buat Booster Journal. Journal ni ada macam-macam jenis.
Yang saya emphasize ni spesifik dalam journal tu hanya tulis SEMUA achievement yang kita pernah capai.
Sama ada small wins atau big wins.
Kita rasa takde growth sebab kita tak nampak sejauh mana kita dah capai untuk ke saat ini.
Semua achievement tu hanya ada dalam kepala yang kita tak keluarkan, tak documentkan.
.
.
Macam bisnes. Kalau tak buat report kan tak tahu nombor-nombor jualan, profit etc then kita pun tak jelas condition bisnes kita okey ke tak.
Tapi bila buat report, nah!
Ada data solid yang kita boleh refer. Bukan lagi ‘rasa-rasa’ sales naik kot etc.
.
.
Diri saya yang dulu vs sekarang
Dulu I use to be very closed person to myself.
Tak tahu la nak namakan ‘introvert’ ke atau orang yang ada isu anxiety social disorder thing.
Yang kenal saya dulu tahulah.
Time pesta buku ke apatah dapat slot present tentang buku Bertanya Allah Dahulu tu depan audience siap pakai hood, mask, spec.
Bila tengok balik sekarang, i was like,
“Apa bendalah aku buat dulu? 🤣🤣🤣”
Tapi sekarang, kalau jumpa stranger (depends) boleh borak fluent. Fear tu mungkin ada tapi sedikit. Better than before.
.
.
Dulu juga pernah beli kamera.
Hajatnya buat rekod Youtube. Hanya selepas 6 bulan baru saya berani cakap depan kamera.
You can imagine berapa banyak selfie atau video rekod sendiri dekat phone saya at that time. Memang kurang gila rekod diri sendiri atau selfie.
Memula tu termenung lama setiap kali nak rekod. Sebab cakap dengan benda pegun.
Tapi cakap dengan member sebelah laju je, keluar isinya haha.
Alhamdulillah sekarang, ada skrip ke takde skrip, proceed je cakap depan kamera untuk shoot content.
Meleret belakang cerita. Nanti boleh edit. Asalkan ‘dont think too much, just do it’.
Cuma nak buat live tu belum berani – live Tiktok dalam berapa minit pun dah jem haha.
.
.
Begitulah impak bila kita ada rekod before dan after macam ni.
Masa tu baru kita akan rasa macam,
“Eh aku ada je progress dalam hidup. Function2.”
Biarlah orang cakap learning curve kita lambat ke apa asalkan kita sendiri rasa proud dengan apa juga achievement yang kita pernah capai.
“When you look in the mirror, you better love what you see!”
– Sheryl Lee Ralph
= love yourself
Kalau kita sendiri benci pada diri, always put the blame on ourself, how you can expect people will like and love you?
p/s: Jika belum ada dan berminat dapatkan buku saya, boleh dapatkan di sini. Its about journey practice talk to Allah, experience the miracle of doa
Shopee
https://shopee.com.my/product/125754062/24110040814/
Tiktok Shop > klik icon Tiktok Shop nanti nampak buku BAD
https://www.tiktok.com/@hyeinsyirah